Sejarah

Tiada ulasan
ASAL USUL BANGUNAN


Bangunan ini dibina pada tahun 1890 dibawah pengawasan dan jagaan Jabatan Polis Daerah sehingga pada tahun 1950-an. Pada tahun 1950-an bangunan ini diserahkan kepada Majlis Daerah untuk dijadikan Balai Bomba. Pada tahun 1967 pentadbiran Balai Bomba diserahkan kepada kerajaan negeri dan pada tahun 1978 diletakkan dibawah kerajaan persekutuan.

Bangunan ini digunakan oleh Jabatan Polis sebagai stor penyimpanan peluru dan Pejabat Polis Trafik Klang. Pada zaman pendudukan Jepun, balai ini berfungsi dan berperanan sebagai membunyikan siren amaran kepada penduduk Klang apabila adanya serangan dari askar Jepun. Bahagian belakang bangunan ini adalah rumah kediaman atau kuarters anggota.

SEJARAH BALAI BOMBA

Pada tahun 1950, bangunan ini diserahkan kepada bomba dibawah pentadbiran "Town Council" (Majlis Perbandaran). Pada masa itu, terdapat 7 orang sahaja yang bertugas:
- 1 orang sub officer (Penolong Pegawai)
- 1 orang leading fireman (Pemimpin Ahli Bomba)
- 5 orang fireman (Ahli Bomba)

Jentera yang digunakan adalah jenis jentera penarik, beberapa orang anggota ditugaskan untuk menarik jentera. Pada tahun 1963 Penyatuan Pentadbiran Balai Bomba seluruh negeri Selangor. Balai ini telah dijadikan Ibu Pejabat Jabatan Bomba Negeri Selangor.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan