Tentang Kami

Tiada ulasan
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KLANG SELATAN


Rekabentuk bangunan bercirikan Victoria yang cantik ini telah dibina pada tahun 1890-an, terutamanya untuk melindungi Klang Bandar Diraja daripada kebakaran. Bangunan ini menghadap jambatan dan terletak di persimpangan antara dua jalan iaitu Jalan Tengku Diaudin dan Jalan Tengku Kelana, menghadap ke jambatan.

Pada masa kini, bangunan ini masih berfungsi sebagai balai bomba. Walaupun bangunan ini telah diubahsuai sepanjang tahun untuk menampung kegunaan moden, struktur utama dan rekabentuk senibinanya masih diselenggara dengan baik dan dijaga dalam keadaan baik seperti seratus tahun sebelumnya.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan